
Pembentukan monarki kebangsaan England bermula daripada pemerintahan Henry VII yang menggunakan kebijaksanaan dan kewibawaannya manamatkan Perang Bunga Ros.Henry VII telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor dan mengamalkan monarki kebangsaan namun ianya agak berbeza dengan keadaan di Perancis disebabkan beliau berpegang kepada tradisi politik England yang menghormati kedaulatan Magna Carta(piagam politik yang mengawal kuasa raja).Dinasti ini juga tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam pemerintahan.
Konflik mula berlaku apabila takhta pemerintahan dipegang oleh pengganti Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I yang telah mengabaikan kepentingan Magna Carta serta mewujudakan konflik dengan ahli Parlimen. Selain itu,Raja James juga telah mewujudkan konflik dengan Golongan Puritan (golongan yang x berpuas hati dengan dengan amalan Gereja Anglican) ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Of Kings serta tindakannya yang mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, James I menyatakan semua institusi yang diwujudkan adalah untuk berkhidmat untuk raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
Konflik mula berlaku apabila takhta pemerintahan dipegang oleh pengganti Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I yang telah mengabaikan kepentingan Magna Carta serta mewujudakan konflik dengan ahli Parlimen. Selain itu,Raja James juga telah mewujudkan konflik dengan Golongan Puritan (golongan yang x berpuas hati dengan dengan amalan Gereja Anglican) ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Of Kings serta tindakannya yang mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, James I menyatakan semua institusi yang diwujudkan adalah untuk berkhidmat untuk raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
Dasar pemerintahan Raja James I telah diteruskan oleh puteranya Charles I yang juga mempunyai sikap anti golongan Puritan.Raja Charles I telah menunjukkan kekuasaannya dengan mengetepikan Petition of Right sebaliknya bertindak membubarkan Parlimen dan menjalankan pemerintahan tanpa Parlimen selama 11 tahun.Raja Charles I juga telah mengenakan pelbagai cukai dan terlibat secara langsung dalam ekonomi dengan memonopoli penjualan barangan pengguna sehingga kan harga barangan tersebut melambung tinggi.konflik semakin tegang apabila berlakunya perang saudara antara golongan raja dengan golongan ahli Parlimen yang telah memberikan kemenangan kepada golongan Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell sekaligus menamatkan era pemerintahan beraja mutlak di England
Setelah tamat perang saudara antara golongan raja dengan golongan parlimen,Parlimen telah mengisytiharkan England sebagai negara republik dengan Oliver Cromwell sebagai pemerintah. Sewaktu pemerintahan dipegang oleh Oliver Cromwell,beliau terpaksa menghadapi perjuangan golongan Levellers yang menuntut agar semua golongan diberi hak untuk mengundi serta dari golongan Diggers yang memperjuangkan persamaan dalam soal pemilikan harta yakni tanah merupakan hak bersama.Setelah menangani 2 golongan ini.Oliver Cromwell telah membubarkan Parlimen malah membentuk kerajaan baru yang dikenali sebagai Protectore dengan memegang jawatan Lord Protectore(ditaktor ketenteraan).
Pemerintahan Oliver Cromwell telah disambung oleh anaknya, Richard Cromwell namun mendapat kegagalan dalam mendapat sokongan ahli Parlimen menyebabkan beliau meletak jawatan dan digantikan oleh Raja Charles II yang ditabalkan sebagai raja baharu England sekaligus menghidupkan semula pemerintahan monarki.di awal pemerintahan lagi Parlimen telah mengingatkan Charles II agar mewujudkan pemerintahan Raja Berperlembagaaan.Raja Charles II juga telah mengisyhtiharkan Declaration of Indulgence yang memansuhkan undang undang yang menyekat golongan Katolik mengamalkan tradisi mereka dan tiada sekatan untuk golongan ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan tentera.Namun begitu,ahli Parlimen telah meluluskan Test Act iaitu undang undang yang melarang orang Katolik memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Habeas Corpus Act juga digubal yang membolehkan rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa jika ditangkap.Malah timbul juga parti yang memperjuangkan Parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi seperti parti Whigg.
Setelah tamat pemerintahan Raja Charles II, Raja James II pula menggalas tugas sebagai pemerintah England menggantikan Raja Charles II merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap serta gagal menghormati parlimen disebabkan tindakannya yang berusaha menghidupkan kembali konsep Divine Right of Kings.Sebagai seorang bermazhab Katolik,beliau enggan mendokong Mazhab Anglican di bawah naungan Church of England malah menjalankan dasar agama yang pro-Katolik.James II sekali lagi mencabar Parlimen dengan mengisytiharkan Declaration of Indulgence(kebebasan beragama @ bermazhab).Kebimbangan ahli Parlimen kian ketara apabila James II memperoleh seorang putera hasil perkahwinannya dengan puteri Perancis bermazhab Katolik.
Pada tahun 1688,rakyat inggeris telah menjemput anak perempuan James II,Mary yang bermazhab Anglican yang telah berkahwin dengan William of Orange untuk menggantikan ayahandanya.Willian dan Mary bersama angkatan tenteranya yang seramai 15000 orang telah mendarat di England manakala Raja James II telah melarikan diri ke Perancis.Revolusi Cemerlang ini telah mengembalikan kedaulatan Parlimen dan secara tidak langsung pemerintahan Raja Berperlembagaan diperkenalkan semula.Parlimen juga telah mengatur langkah dengan meluluskan Bill of Right yang menekankan perkara perkara seperti keutamaan kuasa parlimen dan haknya memungut cukai,raja tidak boleh memansuhkan sebarang undang undang tanpa kelulusan parlimen,raja tiada hak dalam menetukan ahli parlimen dan wujudnya undang undang toleransi yang memberi kebebasan kepada golongan Puritan mendirikan gereja serta menjalankan amalan agama dengan bebas.
Kesimpulannya,golongan raja dan golongan Parlimen di England telah mengalami banyak konflik dalam menjalankan pemerintahan terutama apabila bermulanya tampuk pemerintahan Raja James I.