Pengertian khalifah:
bahasa- bermaksud pengganti
konteks pemerintahan - individu yang bertanggungjawab memimpin negara dan umat islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Syarat syarat menjadi khalifah:
*islam *lelaki *adil *berilmu *tiada kecacatan *berani *pandai berhujah *bersiasah
[dianggap sah apabila mendapat baiah(ikraar taat setia) daripada rakyat)
Tanggungjawab seorang khalifah
-Menjaga kesucian agama daripada tercemar
-Mentadbir negara berdasarkan hukum syarak
-Menggubal dasar dasar pentadbiran
> menyusun sistem pencukaian berdasarkan hukum syarak
-Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
> menggempur musuh yang sentiasa mengancam keselamatan negara.
-Menghidupkan konsep musyawarah
> syura merupakan hak pemimpin dan hak rakyat bagi mewujudkan keadilan dalam pemerintahan.
-Bertanggungjawab mempertahankan maruah umat islam
-Bertanggungjawab menghapuskan kezaliman tanpa mengira kaum berkenaan islam atau sebaliknya.
> bantuan yang telah dihantar oleh khalifah Umar Al Khattab sebagaimana yang diminta oleh kaum Qibti bagi menamatkan pemerintahan zalim Rom.
PEMILIHAN KHALIFAH
Kaedah perundingan
-Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, golongan Ansar dan Muhajirin telah berkumpul di Safiqah Bani Saidah untuk memilih pengganti Nabi.
-Berlaku perbincangan dan perbahasan antara kedua dua belah pihak yang mana golongan Ansar berpendapat bahawa Sa`ad bi Ubadah yang layak menggantikan Rasulullah s.a.w.
-Berbeza pula dengan golongan muhajirin yang mengemukakan cadangan bahawa Abu Bakar al Siddiq yang lebih layak disebabkan pengalaman beliau dan merupakan sahabat yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w.
-Akhirnya, kedua pihak bersepakat melantik dan membaiah Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama disebabkan beberapa kelebihan yang beliau ada.
Wasiat Khalifah Terdahulu
-Dikaitkan dengan lantikan Saidina Umar al Khattab
-Menerusi wasiat Saidina Abu Bakar yang ditulis oleh Uthman al Affan,Abu Bakar telah mencadangkan agar Umar al Khattab dilantik sebagai khalifah kedua menggantikannya.
-Alasannya adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sebagaimana yang berlaku semasa pemilihan khalifah yang pertama.
-Akhirnya,umat islam membaiah Saidina Umar al Khattab sebagai khalifah sebagaimana wasiat Saidina Abu Bakar al Siddiq.
Kaedah Musyawarah
-Penubuhan Majlis Perlantikan Khalifah oleh Saidina Umar al Khattab
> mencari pengganti khalifah
-Jawatankuasa ini menemu ramah setiapp calon dan mendapatkan pandangan masyarakat Madinah
-dijalankan bagi melantik khalifah ketiga dan Saidina Uthman bin Affan dilantik serta dibaiah sebagai khalifah berdasarkan kelayakan.
Secara Desakan Sekumpulan Umat Islam
-Dikaitkan dengan lantikan Saidina Ali (dianggap tidak demokratik)
-Mendapat tentangan penduduk Syam dan suku kaum Umaiyah
-Dari sudut lain:
>pelantikan ini wajar disebabkan keadaan negara yang tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa bagi mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah.
>memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.
>lantikan beliau mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah, dan Kufah.
Kaedah Warisan
-Dipraktikkan bermula zaman Bani Umaiyah ekoran lantikan Yazid sebagai putera mahkota pada tahun 56 hijrah oleh ayahnya,Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan iaitu khalifah pertama zaman bani Umaiyah.
-Bermulanya era dinasti dan penularan kembali semangat Assabiyyah yang membawa permasalahan kepada keadaan negara Islam.
-Tindakan ini seumpama menafikan hak umat islam memilih pemimpin terbaik serta dipaksa memberikan baiah bagi mengelak bencana yang menimpa terhadapnya.