Jumaat, 27 September 2013

sistem pemerintahan pembesar di Thailand abad ke 19






Pengenalan

  • mengamalkan sistem pembesar-dianggap golongan kedua selepas raja
  • merupakan jentera pentadbiran
  • struktur: peringkat kampung @ daerah > peringkat wilayah > peringkat pusat
  • hubungan timbal balas - raja dan rakyat
Sistem dan Peranan Pembesar di Siam

     Pentadbiran Pusat

  • terdiri daripada golongan bangsawan (Khunnang) dan kerabat diraja (Chao)
  • kerabat diraja (Chao) terbahagi kepada 3 iaitu
    • Chao Fa - keturunan gahara
    • Phra Ong Chao - hasil hubungan dengan gundik
    • Mom Chao - anak kepada Phra Ong Chao
   *memegang jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri
  • pembesar @ Khunnang dibahagikan kepada beberapa krom
    • yang paling berprestij
      • krom Mahattai / jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam
      • krom Kalahon / jabatan Pertahanan
      • krom Khlang / jabatan Kewangan dan Hubungan Luar
    • peranan Krom
      • krom Mahattai 
        • mengawal wilayah di sebelah utara
        • ketuanya - Samuha Nayok
        • ketua semua krom
      • krom Kalahon
        • mentadbir bahagian selatan
        • menyelia hal ehwal keselamatan dan pertahanan
        • ketuanya - Samuha Phra
      • krom Khlang
        • mengawal persisiran pantai dan Teluk Siam
        • gelaran Chao Phraya Chao Khlang
    • tugasan utama
      • berhubung terus dengan raja
      • mengutip cukai di kawasan pegangan
      • menjaga keamanan
      • menyelesaikan kes jenayah
    • dibawah krom Mahattai dan krom Kalahon terdapat pembesar yang mengetuai empat buah krom yang dikenali sebagai Jatu-Sadom atau empat jabatan kanan
           *bertanggungjawab melicinkan segala perjalanan kerajaan
      • krom Maung - pentadbiran ibu kota dan sekitarnya
      • krom Na - pentadbiran tanah
      • krom Wang - pentadbiran istana
      • krom Khlang
    Pentadbiran Wilayah 
  • kebiasaannya terdiri daripada golongan Khunnang (bangsawan)
  • dilantik terus oleh raja melalui surat pertauliahan diraja
  • jawatan diwarisi secara warisan (jika tiada pewaris, jawatan diberikan kepada orang lain)
  • mempunyai empat kelas wilayah yang berbeza (mengikut wilayah yang dinaungi:
    • Wilayah Kelas Pertama
      • meliputi kawasan strategik keselamatan,bandar-bandar besar dan penting:
        • pusat pemerintahan Bangkok
    • Wilayah Kelas Kedua dan Ketiga
      • kawasan bandar yang agak besar
      • tidak temasuk di bawah penyeliaan ibu kota
 *wilayah-wilayah ini dikendalikan oleh Kalahon, Mahattai dan Phra Klang
    • Wilayah keempat
      • bandar - bandar kecil sekitar ibu kota
      • pengawasan pusat secara langsung
  •     pentadbiran wilayah diserahkan kepada 
    • seorang pembesar - Phraya @ Chao Phraya
    • akan diganti oleh palat @ pembantu gabenor, yok-krabat @ wakil rakyat dan sebuah majlis tempatan
  • pembesar di peringkat ini tidak diberi gaji tetapi dibenarkan mengambil sebahagian hasil cukai yang dipungut

Sabtu, 21 September 2013

Institut Pemerintahan Beraja di Tanah Melayu Sebelum Kedatangan British

Konsep Raja
  • institusi raja - badan terpenting dan tertinggi dan amat dihormati
  • raja - individu yang mempunyai kuasa tertinggi@mutlak dalam semua aspek
  • menjadi tonggak/penggerak utama kerajaan melayu
  • dikaitkan dengan pengaruh hindu (sebelum kedatangan islam) - gelaran raja dan maharaja
  •  dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka.
  • penggunaan bahasa istana(bahasa dalam), mempunyai peralatan khas(cop mohor dan alat muzik diraja spt nobat), memiliki warna istimewa(kuning-raja, putih-anak raja)

Peranan Raja
  • politik dan pemerintahan
    • kuasa dipusatkan ditangannya-legaslatif,eksekutif,dan kehakiman
    • bertanggungjawab membentuk jentera pentadbiran kerajaan - melantik pembesar
      cth : perak-raja bertanggungjawab melantik orang besar berempat,orang besar lapan,orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua
    • menentukan bakal penggantinya - biasanya putera sulung dari keturunan gahara diisytiharkan sebagai Raja Muda
    • menentukan hubungan luar dengan kerajaan lain
    • menjadi ketua turus angkatan tentera - namun kebiasaannya akan diserahkan tugas di medan perang kepada pembesar yang dipercayai
  • Ekonomi
    • menguasai hasil ekonomi kerajaan - segala sumber ekonomi samada hasil pertanian, perhutanan,perdagangan, dan cukai beraja dibawah seorang raja.
    • menentukan kadar cukai yang perlu dibayar oleh rakyat dan pedagang - sistem serah yang diperkenalkan
    • mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang
    • memakmurkan ekonomi kerajaan yang diperintah
  • Sosial
    • menjadi simbol perpaduan dalam kalangan rakyat
    • ketua agama islam - memastikan syiar islam berkembang dan agama islam terjaga kesuciannya
    • melaksanakan sistem kerah - rakyat sedia mengerah tenaga tatkala kerajaan diancam atau diarahkan membina istana dan sebagainya (menunjukkan kesetiaan rakyat).
  • Kehakiman
    • sebagai ketua hakim - mempunyai kuasa pemutus
    • jenayah yang melibatkan hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh raja begitu juga dengan kuasa pengampunan
    • bertanggungjawab menggubal undang-undang - menjamin kedaulatan kerajaan
      cth : Sultan Zainal Abidin III bertanggungjawab menggubal Undang-Undang Tubuh Terengganu
    • menjamin keselamatan negara
    • segala titah perintah raja dianggap sebagai undang-undang dan perlu dipatuhi-seandainya ingkar,diaanggap derhaka dan akan di timpa tulah.

Sabtu, 18 Mei 2013

Pemilihan Khalifah

INTRO
Pengertian khalifah:
     bahasa- bermaksud pengganti
     konteks pemerintahan - individu yang bertanggungjawab memimpin negara dan umat islam                                               selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Syarat syarat menjadi khalifah:
     *islam    *lelaki    *adil    *berilmu    *tiada kecacatan    *berani    *pandai berhujah    *bersiasah
     [dianggap sah apabila mendapat baiah(ikraar taat setia) daripada rakyat)

Tanggungjawab seorang khalifah
    -Menjaga kesucian agama daripada tercemar
    -Mentadbir negara berdasarkan hukum syarak
    -Menggubal dasar dasar pentadbiran
            > menyusun sistem pencukaian berdasarkan hukum syarak
    -Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
            > menggempur musuh yang sentiasa mengancam keselamatan negara.
    -Menghidupkan konsep musyawarah
            > syura merupakan hak pemimpin dan hak rakyat bagi mewujudkan keadilan dalam                       pemerintahan.
    -Bertanggungjawab mempertahankan maruah umat islam
    -Bertanggungjawab menghapuskan kezaliman tanpa mengira kaum berkenaan islam atau                sebaliknya.
      > bantuan yang telah dihantar oleh khalifah Umar Al Khattab sebagaimana yang diminta oleh            kaum Qibti bagi menamatkan pemerintahan zalim Rom.
   
PEMILIHAN KHALIFAH

Kaedah perundingan

   -Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, golongan Ansar dan Muhajirin telah berkumpul di           Safiqah Bani Saidah untuk memilih pengganti Nabi.
   -Berlaku perbincangan dan perbahasan antara kedua dua belah pihak yang mana golongan               Ansar berpendapat bahawa Sa`ad bi Ubadah yang layak menggantikan Rasulullah s.a.w.
   -Berbeza pula dengan golongan muhajirin yang mengemukakan cadangan bahawa Abu Bakar al     Siddiq yang lebih layak disebabkan pengalaman beliau dan merupakan sahabat yang paling            rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w.
   -Akhirnya, kedua pihak bersepakat melantik dan membaiah Abu Bakar al Siddiq sebagai               khalifah pertama disebabkan beberapa kelebihan yang beliau ada.

Wasiat Khalifah Terdahulu

   -Dikaitkan dengan lantikan Saidina Umar al Khattab
   -Menerusi wasiat Saidina Abu Bakar yang ditulis oleh Uthman al Affan,Abu Bakar telah                mencadangkan agar Umar al Khattab dilantik sebagai khalifah kedua menggantikannya.
   -Alasannya adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sebagaimana yang berlaku              semasa  pemilihan khalifah yang pertama.
   -Akhirnya,umat islam membaiah Saidina Umar al Khattab sebagai khalifah sebagaimana wasiat      Saidina Abu Bakar al Siddiq.
  
Kaedah Musyawarah

  -Penubuhan Majlis Perlantikan Khalifah oleh Saidina Umar al Khattab
       > mencari pengganti khalifah
  -Jawatankuasa ini menemu ramah setiapp calon dan mendapatkan pandangan masyarakat              Madinah
  -dijalankan bagi melantik khalifah ketiga dan Saidina Uthman bin Affan dilantik serta dibaiah             sebagai khalifah berdasarkan kelayakan.

Secara Desakan Sekumpulan Umat Islam

   -Dikaitkan dengan lantikan Saidina Ali (dianggap tidak demokratik)
    -Mendapat tentangan penduduk Syam dan suku kaum Umaiyah
    -Dari sudut lain:
       >pelantikan ini wajar disebabkan keadaan negara yang tidak stabil dan memerlukan                      seorang yang tegas dan berwibawa bagi mengembalikan keamanan dan perpaduan                     ummah.
     >memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.
     >lantikan beliau mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah, dan Kufah.

Kaedah Warisan

    -Dipraktikkan bermula zaman Bani Umaiyah ekoran lantikan Yazid sebagai putera mahkota       pada tahun 56 hijrah oleh ayahnya,Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan iaitu khalifah               pertama zaman bani Umaiyah.
   -Bermulanya era dinasti dan penularan kembali semangat Assabiyyah yang membawa                  permasalahan kepada keadaan negara Islam.
   -Tindakan ini seumpama menafikan hak umat islam memilih pemimpin terbaik serta dipaksa           memberikan baiah bagi mengelak bencana yang menimpa terhadapnya.

Selasa, 14 Mei 2013

sumbangan khalifah Umar Abdul Aziz-Kerajaan Bani Umaiyah

Dari sudut bahasa,perkataan khalifah bermaksud pengganti dan dalam konteks pemerintahan ia merujuk kepada individu yang bertanggungjawab memimpin negara dan umat islam setelh kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah telah wujudnya seorang pemimpin yang berupaya menunjukkan perbezaan yang ketara dalam berbanding khalifah khalifah bani Umaiyah yang lain iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang kelapan dan berketurunan daripada Saidina Umar al Khattab.Baginda merupakan seorang yang berperibadi luhur dan bersih daripada sifat sifat keduniaan, keangkuhan, dan kebesaran.

sewaktu pemerintahannya, Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengarahkan pegawai pegawai kerajaan menjalankan polisi polisi pemerintahan yang berasaskan al Quran dan Hadis. Bagi mana mana pegawai yang ingkar dan tetap menjalankan pemerintahan yang bertentangan dengan al Quran dan Hadis akan dikenakan tindakan yang tegas termasuk dilucutkan jawatan yang disandang.Hal ini dapat dilihat apabila beliau memecat Usman bin Zaid dan Yazid bin Abu Muslim yang mengamalkan dasar yang bertentangan serta bertentangan dengan lunas lunas syarak.

Bagi membuat sesuatu keputusan yang berkaitan hal hal yang menyentuh dasar dasar negara serta perkara yang berkaitan kepentingan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya, konsep musyawarah telah diguna pakai untuk memutuskan keputusan. Hal ini sekaligus menghidupkan semula prinsip syura yang pernah diamalkan semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al Rasyidin. Dengan penggunaan konsep musyawarah, pegawai pegawai kerajaan,para sahabat serta rakyat berpeluang mengemukakan idea demi memastikan kepentingan bersama dapat dicapai.Selain penghidupan semula prinsip syura,Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah membahagikan negara negara islam kepada lima daerah bagi melicinkan sistem pentadbiran. bagi setiap wilayah,seorang gabenor atau pegawai telah dilantik bagi mentadbir wilayah tersebut dan dibantu oleh jentera jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pertahanan dan sebagainya. Beliau juga telah menetapkan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi kerajaan.

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz juga dapat dilihat apabila beliau berjaya mengubah dasar luar negara dengan menggunakan kaedah diplomasi yang berbeza dengan khalifah bani umaiyah yang lain yang kerap mengadakan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan wilayah di samping menyebarkan agama islam.Kaedah diplomasi yang  digunakan bersesuaian dengan peribadi baginda yang tidak suka melihat pertumpahan darah di kalangan manusia.Disebabkan kaedah diplomasi yang digunakan, tentera islam yang diarahkan mengepung kota Constantinople sebelum ini telah ditarik balik dan sebagai gantinya,beliau telah menghantar para pendakwah ke seluruh semenanjung tanah arab serta di luar semenanjung tanah arab termasuk benua Afrika dan Asia.Bagi menguatkan umat islam,beliau telah mengambil tindakan dengan menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum keluarganya yakni Bani Hashim yang disebarkan melalui mimbar mimbar jumaat.Baginya,tindakan sedemikian bukan sahaja meletakkan maruah seseorang diempat yang tidak sepatutnya malahan mendedahkan kelemahan umat islam yang suka berbalah sesama sendiri.Cacian cacian ini telah dogantikan dengan seruan agar umat islam berbaik-baik antara satu sama lain sekaligus menghidupkan semula roh ukhwah islamiyyah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sesuai dengan dasar diplomasi yang diamalkan,Khalifah Umar Abdul Aziz telah menggalakkan perkembangan ilmu ilmu keagamaan.Perkara ini dapat dilihat apabila masjid masjid di seluruh negara menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan seperti di Kufah,Basrah dan Damsyik sendiri.Selain ilmu keagamaan,ilmu duniawi juga telah berkembang seiring dengan ilmu-ilmu hadis,tafsir,usuludidn,figh. Kemudahan biasiswa telah diberikan kepada para pelajar yang ingin menuntut ilmu.Dengan perkembangan yang berlaku ini telah menyebabkan lahirnya tokoh tokoh ulama seperti imam maliki dan imam haniffa serta telah berlakunya pembukuan terhadap hadis hadis Rasulullah s.a.w.

Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang adil tanpa wujud dikriminasi telah membuahkan suasana yang aman dan harmoni di kalangan rakyat yang berbilang bangsa serta ideologi politik.Malah boleh dikatakan semua gerakan anti bani Umaiyah telah terhenti seketika kerana golongan ini berpuas hati dengan corak pemerintahan yang digunakan leh beliau.